Thursday, 31 August 2017

Lexis Hibiscus

Hello,

Harini saya nak share pengalaman saya bermalam di Lexis Hibiscus, Port Dickson pada April 28 yang lalu. Selepas beberapa bulan makan gaji saja saya teringin nak bawa kedua ibu bapa jalan jalan dan relax di tempat orang. Sehari pon jadilah. April pula adalah bulan kelahiran Cik Jalil dan Cik Minah kira hadiah hari jadi la buat mereka. Puas saya cari cari tempat yang selesa untuk saya bawa mereka kebetulan waktu itu baru selesai Matta Fair dan Lexis ada menawarkan Post Matta Fair discount untuk beberapa tempat peranginan mereka. Lalu saya pilih Lexis Hibiscus sebab nak merasa feeling feeling tidur menghadap laut gitu 🌊

Untuk memilih tempat percutian pon ada beberapa perkara perlu saya pertimbangkan dan yang paling utama mestilah selesa untuk Cik Minah. My mom is having a conditioned in both of her legs that causing terrible pain. Something call arthritis and osteoporosis. So setiap tempat yang saya tuju mesti melibatkan kurang keperluan untuk berjalan. Sebab tu kalau keluar makan atau shopping saya akan bawa Ke tempat yang saya boleh parking betul betul di hadapan kedai. Next factor saya tengok is Kawasan itu mestilah tidak bertangga, dan of course ada wheelchair. Alhamdulillah, tempat yang saya pilih ni memang menawarkan service tip top 👍🏽

Kawasan ini dipanggil Lexis Hibiscus disebabkan kediaman atas airnya yang berbentuk bunga raya. Saya memilih untuk duduk di Premium Pool Villa yang terletak dibahagian petal. Saya beli voucher yang berharga 750MYR directly from their website dan package ini tidak termasuk breakfast. Saya kemudian tambah approximately 150MYR untuk mendapatkan sea view. Tak kuasa kita tengok orang lain bercanda dari villa mereka haha memang puas hati tengok laut semata.

Complete sea view


Kami sampai lebih kurang pukul 2 petang. Saya berhentikan kereta di lobby terus bellboy datang untuk attend kami. Masa booking saya dah letak requirement yang saya memerlukan satu wheelchair. Wheelchair pon in good condition tau. Sambil saya check in sempat Cik Jalil dan Cik Minah basahkan tekak dengan air free yang disediakan untuk semua visitors. Sedap pulak tu! Oh ya saya bawa jugak Daniel dan Zharfan bercuti sama dapat la mereka merasa mandi di private pool. Kemudian kami di bawa ke bilik dengan special buggy untuk pegguna wheelchair. Lega saya yang mulanya risau Mak saya perlu melangkah nak naik buggy tu. Boleh tahan tinggi tauu. Nak berjalan pula memang jauh dengan cuaca yang terik tak siapa snaggup fuhh.


Di atas special buggy sebelum ke bilik

Villa yang saya pilih sangat luas kalau datang dengan family boleh la nak berlonggok. Dua katil besar dan two sofa bed lagi memang sangat selesa. Toiletries, towels, laundry bag, free drinks and snacks, semua cukup lengkap. Dan yang paling best mestilah private pool! Tak perlu share dengan strangers view hadap laut tak perlu bertudung. Ada juga small sauna room tapi saya tak cuba pon. The toilet and bilik Mandi berasingan, ada two sink with biggggg mirror and big wardrobe as well. Excited sungguh saya yang tak pernah bercuti di tempat mahal  ni. Eh mahal tau satu malam almost 1K. Sekali sekala belanja parents apa salahnya kan. 

Banyak facilities dan activities kita boleh enjoy dekat sini. Sambil saya relax relax tu mesti ada je helicopter lalu bawa visitor for heli ride. Fuhh berangan kejap saya haha. All sports activities pon ada. Archery, cycling and untuk yang stay more than a day ada ferry yang bawa visitor ke pulau pulau. Memang tak boring la duduk sini asal ada duit enjoy je 😆 Plan saya nak cycling keesokan harinya pon ke laut sebabkan seronok tidur di atas tilam empuk. Lena! Oh ya sini pon ada public pool, gym dan spa. Memang cukup lengkap lah facilities



Performance di hibiscus walk 


Malam tu kami ke Hibiscus Walk mencari dinner. Sempat kami lihat persembahan api. Tempat ini dibuka untuk public means pengunjung boleh datang tanpa menginap. Banyak juga choice makanan ni sini tinggal pilih dan bayar je. Tapi harga pon boleh tahan air tin satu 5MYR. Breakfast esoknya masing masing malas bergerak kami order saja dari bilik. Duduk makan by the pool menghadap laut Sambil melayan budak dua orang tu berendam. Bukan selalu kann. Oh ya menunya paperless. Kami cuma perlu lihat di channel TV yang mereka sediakan. Cool kan

Saya seronok tengok Mak dan Abah enjoy short stay ni. Abah  kalau boleh nak stay lebih dari sehari sebab memang relax dan selesa. Memang sesuai untuk family vacation. Nanti ada rezeki boleh saya bawa lagi Abah Mak dan ahli keluarga yang lain 🙂 Korang if ada suggestion untuk saya bawa parents saya bercuti let me know yea😃


No comments:

Post a Comment