Untuk entry kali ini dan beberapa puluh entry yang akan datang 😆 saya nak share tempat tempat makan yang best at one of my favorite city in Malaysia, IPOH!! Ipoh ni dari tempat saya belajar dulu lebih kurang 30 minit je dapat pulak jenis kawan kawan dan saya sendiri yang tak kisah travel sikit untuk makan, memang ke sini la kami kalau nak makan sedap. Breakfast, lunch, hi tea, dinner semua ada.
Haritu saya ada share satu port breakfast baikkk di Ipoh which is Restoran New Hollywood. Kalini saya nak share tempat dinner hipster pulak iaitu Konda Kondi Cafe ha unik kan nama. Cafe ni di bahagian corner lot dan terletak betul betul di depan night club SOS. Lepas perut dah kenyang rasa nak party all night memang sini la tempat paling mudah 😈
Atie berlatar belakang SOS 😜 |
Kebanyakan kedai hispter kat Ipoh ni operating hour bermula lewat petang termasuk la Konda Kondi. Bagi saya menu yang paling best dekat sini mestilah carbonara. Jujur spaghetti bukan makanan pilihan utama saya tapi dekat sini sangat exceptional sebab carbonaranya memang padu!! The gravy is very thick with slices of beef memang sedap tak terkata. Potion yang diberi pon besar and yang paling penting harga pon murah! Sebab tu ramai yang suka ke sini lagi lagi students. Pernah jugak saya dating di sini dan terserempak dengan kawan alahai spoil haha.
Spaghetti Carbonara |
Pertama kali saya datang ke sini saya cuma order chicken chop with black pepper sauce. Masa ni taktau carbonara di sini yang terbaik. In the same plate ada chicken, hotdog, fries, mashed potato dan sedikit salad. Tengok gambar bawah ni macam sikit tapi kenyangggg. Untuk yang memang nak potion besar this cafe did offer meal with large potion.
Chicken chop |
Big potion meal |
Oh ya, dekat cafe ni jugak ada FREDDO Street Ice Cream. Sambil sambil tunggu makanan sampai boleh makan ice cream. Ice cream ni pon boleh tahan orang beratur nak beli. Dah alang alang sampai kan boleh la rasa sekali Freddo Street Ice Cream ni. So kalau korang datang Ipoh menag wajib try cafe ni sure puas hati
No comments:
Post a Comment