Tuesday, 29 August 2017

Ayam Bakar Wong Solo


Rasanya ramai yang tahu dan pernah makan di restoran ni kan. Bagi yang suka makan ayam penyet or ayam bakar mesti pernah duduk makan di sini. Wong Solo ni ada beberapa branch di sekitar KL dan Selangor dan satu di Melaka tak silap saya. Saya selalu ke cawangan Bangi dan Shah Alam Seksyen 7. 


Wong Solo ni memang tempat favourite saya dan Cik Minah berdating. Selalunya selepass puas shopping di Bangi memang sini lah kami tuju puaskan tekak pula. Saya memang suka makan yang pedas pedas so setiap kali ke sini menu yang saya order mesti sama which is  set ayam penyet dengan teh o ais/teh oh panas. Cik Minah pula akan order set yang sama dengan teh panas. Satu set ayam penyet tu akan ada nasi, ayam penyet, tauhu, tempe, terung balado serta timun dan salad. 

Semalam selepas selesai membeli tudung di Ariani kami ke sini lagi. Pilih tudung pon boleh bikin lapar tau. Kedai pulak dekat je apa lagi hehe 

Set ayam penyet
Ha yang ni menu kami semalam. Memandangkan sekarang tengah cuti sekolah saya bawa Daniel sekali ikut shopping. Untuk Daniel saya orderkan Fried Chicken Wing dengan nasi. Satu plate akan ada tiga ketul ayam. Budak sorang ni tak makan pedas tekak mat saleh betul! Kami order jugak Sotong Celup Tepung dan pecel lele  sebagai lauk tambahan. Satu set ayam penyet je mana cukup kan haha. 

Daniel eating Fried Chicken Wing
Tengok lah rupa budak gigi rdongak makan ayam haha. Banyak jugak menu lain yang sedap. Saya sukakan gado gado di sini sebab isinya banyak dan pelbagai. Kuah pon sedap. Pernah saya teringin nak makan gado gado saya makan di restoran lain, kecewa betul saya dengan harga yang mahal saya cuma dapat kobis, carrot, dan telur. Sumpah tanak makan lagi di kedai tu. Udang petai balado pon 
sedap kat sini. Taktau apa rahsia tukang masak sebab petainya tak terasa melekat di mulut bila makan. Memang berbaloi la kalau datang sini makan.  Untuk yang tak sukakan makanan pedas boleh try ayam bakar. 

Selalunya saya akan ke sini di sebelah petang dan hari biasa. Kalau pergi makan tengah hari lebih lebih lagi weekend memang kena beratur menunggu meja. Oh ya di sebelah Wong Solo Bangi ada satu kedai jual jubah/abaya cantik cantik dengan harga paling mahal 100MYR. Size pulak size Arabic means dari kecik sampai sebesar besar size pon ado! Untuk yang bersize tak kecil macam saya ni elok la datang sini 😆










No comments:

Post a Comment