Harini saja saya go through gambar gambar lama di google photos terjumpa pula satu gambar makanan yang saya ambil ketika makan di Lumut. Buat yang tak tahu Lumut ni pon salah satu tarikan juga dekat Perak ni. Mungkin sebab kawasannya yang dekat dengan pantai. Dari Seri Iskandar kalau nak ke sini akan ambil masa lebih kurang satu jam (with good speed limit). Sepanjang beberapa tahun belajar di Perak ada la beberapa kali saya ke sini. Apa yang ada di Lumut ni?
Pekan Lumut ni banyak menjual hasil laut macam ikan bilis, keropok ikan. Dulu masa saya masih belajar abah saya suka ke sini membeli belah setiap kali menghantar saya. Sekali beli ikan bilis berkilo kilo. Bukan selalu katanya datang sini. Pekan Lumut ni tak besa sangat pon. Dekat sini jugak ada Lumut Waterfront. Kalau nak ke Pangkor boleh ambik ferry dari sini tapi perjalanannya lebih jauh berbanding kalau kita menaiki feri dari Marina Island. Dua kawasan ni tak jauh sangat pon from each other.
Dekat sekitar Lumut ni pulak ada pantai yang memang menjadi tarikan. Yang paling popular mestilah Teluk Batik. Saya dan kawan kawan beberapa kali jugak mandi manda di sini. Ada juga beberapa kawasan pantai yang lain contohnya Teluk Senangin. Di Marina Island Pulak ada tarikan terbaru iaitu Frenzy Waterpark. Yang ni saya tak sempat nak cuba tapi nampak best!
So dekat mana D'Warisan ni? Restoran ni terletak di tepi jalan menghala ke Teluk Batik. Tak perlu masuk ke pekan Lumut, hanya perlu terus memandu depan sedikit dari simpang Lumut dan restoran ni akan berada di sebelah kiri. Korang cuma perlu perhatikan sign board macam kat bawah ni di tepi jalan.
source: google.com |
Restoran ni dekat tepi jalan je. Kalau datang semasa peak hour tak perlu risau pasal parking sebab kawasan sekeliling restoran ni memang luas. Parking la ikut kehendak hati haha. Makanan tengah hari sememangnya penuh dengan lauk lauk kampung ikan udag sotong, ayam pon ada juga. Memang banyak sangat pilihan sampai taktau nak pilih yang mana. Kalau datang time lapar ni fuhhh lagi seronok cedok.Macam biasa tak perlu bayar dulu lepas selesai pilih lauk dan air akan ada waiter datang kira.
source: google.com |
Harga pula tak mahal tapi takde la murah sangat. Masa saya pergi ke sini berdua dengan kawan saya total makan 20++MYR so okay la kot kan. Lauk yang kami ambil pon biasa je tak fancy pon. Saya cuma ambil ikan keli goreng, udang sambal dan pucuk paku. Semua ni dalam 10++MYR. Bila fikir balik kenapa la saya tak ambil lauk yang lagi fancy hahaha. Sorry gambar pon kabur masa ni tak pandai flatlay lagi dan camera S3 bukan lah tip top macam smartphone sekarang kan.
So kalau korang berjalan jalan di Lumut dan sekitar boleh la singgah makan di sini.
No comments:
Post a Comment