Tuesday 23 October 2012

Sekali Lagi

Degupanku makin laju
Satu, satu, satu
Makin deras, kencang, tidak tertahan
Berhenti, rayu hatiku
Tapi teman yang berada di sisi tidak sekali cuba mengalah
'Bukan aku yang mengawalnya !'


Puas aku menahan, cukuplah
Kembali ke jejak asalmu
Ini bukan masanya, bukan waktunya
Bukan detiknya untuk aku resah kerana dia
Darahku umpama membawa namanya ke segenap penjuru
Segalanya dia, dia, dia, dia
Jika mampu aku hentikan aliran ini buat seketika
Akan ku juang, akan ku redah
Supaya obsesiku tidak mengawal akalku


Namun daya itu tiada
Fikiranku umpama hanya menurut bicara hati
Hati yang mengalunkan hanya nama dia, nama dia
Deruan nafasku milik dia
Kerlingan mataku hanya dia
Senyum dan tawaku untuk dia


Bunga hati tak ingin berdarah lagi
Tapi akal seakan mengizinkan aku mencuba sekali lagi. 


 dayana aj