Sunday, 20 August 2017

Working Nature as IT Analyst

Saya mula bekerja October 31st, 2016 lebih kurang sebulan selepas saya decide untuk quit master study saya. Kenapa saya quit? Tunggu entry lain lah 😆 Saya bekerja dengan Schlumberger di office 1 First Avenue, Bandar Utama sebagai IT Analyst atau lebih tepat Global InterACT Service Desk Analyst. InterACT ni adalah salah satu product dari Schlumberger and tugas utama kami yang bekerja di dalam team ini adalah untuk support any request coming regarding this software.

Enough on that, entry kali ni saja saya nak cerita pasal working hours saya yang dikira odd untuk yang tak biasa bekerja shift. Saya bekerja 12 jam sehari, 7 hari dalam masa 2 minggu. Setiap 2 minggu akan ada rotation shift hour sama ada pagi (7am-7pm) atau (7pm-7am). Esok saya mula bekerja malam selama 2 minggu 😭

Macam mana kerja 7 hari dalam masa 2 minggu tu? Disebabkan esok shift malam start kita anggap esok bermulanya minggu pertama. Di minggu pertama ni saya akan bekerja on Monday, Tuesday, Friday, Saturday, and Sunday. Dan pada minggu depan atau minggu kedua pula saya cuma bekerja Rabu dan Khamis. Nampak tak pattern dekat situ? Habis kerja Khamis minggu depan saya mula balik shift pagi dengan pattern yang sama. 

Ada seronok dan tak seronoknya bekerja shift macam ni. Antara yang bagusnya saya cuma bekerja lebih kurang 15 hari sahaja dalam sebulan! Dengan weekend 3 days off setiap 2 minggu senang untuk saya plan any short trip ke mana mana. Dan bila saya bercuti di hari biasa mudah untuk saya selesaikan apa apa urusan. Nak ke government office ke post office ke memang tak perlu ambik cuti. Trade off nya saya perlu bekerja semasa Public Holiday. Tak kira la cuti apa sekali pon kalau dah kena time shift bekerja memang perlu berkerja. Nasib baik lah Raya haritu dapat saya cuti seminggu. Beraya sakan! Dengan boss yang baik dan working environment yang bagus tak susah untuk saya adapt dgn working nature saya. Malah saya enjoy. Tapi awal awal bekerja di shift malam badan saya rebel. Senang sangat sakit demam. Mungkin tak biasa berjaga malam. Saya pula jenis sukar  tido siang bertambah tambah mengantuk tu. Badan pon makin mengembang niat nak diet dari hari ke hari tinggal niat je 😝 Mungkin sebab kerja yang tak perlukan physical movement dan kerja malam yang sentiasa mengundang lapar. Besok la kita start diet ye dak. 

Hampir setahun saya bekerja ni ada yang bertanya am i getting work life balance. Yes definitely yes. Bagi saya kalau kita enjoy dengan apa yang kita buat, work life balance tak susah untuk kita capai lagi lagi dengan nature bekerja saya yang tidah membawa apa apa hal kerja ke rumah. Pernah kawan saya sampaikan jawapan seorang orang besar di MNC tentang soalan ni. Dia kata work life balance is not about having equal time at work and home. Even if he got a chance to have 30 minutes quality dinner with family dia dah rasa it's work life balance. Hebat orang yang berpangkat tinggi ni. Apalah sangat nak dibandingkan dengan saya yang cuma kena bekerja weekend tapi dapat pula cuti di hari lain. 

Haa gitu ceritanya jangan pula ingat IT graduate ni kerja buat website, tulis program je. Banyak juga kerja kami melibatkan support dengan client. Macam saya la yang kena handle client dari macam macam negara. Mula mula takut tapi lama lama seronok sebab tau apa yang kita buat ni penting. Bila bekerja di bahagian support ni skills dari segi decision making, communication skills yang akan kami develop. Bayangkan client call dan nakkan solution dalam masa yang sama. Berpeluh jugak saya mula mula bekerja takut client marah haha. Dan penggunaan English pon main baik dari hari ke hari sebab ye lah client pon dari seberang laut sana takkan nak cakap bahasa melayu kan. 

Bagi saya setiap pekerjaan ada pro and cons. Terpulang pada kita nak ambik mana yang positive mana yang negative ☝

No comments:

Post a Comment