Wednesday, 27 June 2012

Hubungan aku dan Dia....Aku lalai

Hubungan aku dan dia. seolah-olah aku baru tersedar dari sedar yang selama ni memang nyata. mungkin kesedihan hari ini merupakan peringatan kepada aku untuk kembali kepada Dia. peringatan supaya aku meluruskan kembali niat di hati, mengingatkan aku tujuan aku di sini. sungguh aku lalai. pabila dilanda murung baru aku teringat untuk meratap, mengadu kepadaNya. tika senang dinikmati, lalai untuk aku bersyukur kpada pemberi nikmat. malu sungguh aku kepada Penciptku itu. ku bandingkan diriku hari ini dengan semalam. pukul 7 baru terjaga untuk solat subuh. Almathurat pon aku abaikan di pagi hari. Al-Quran itu aku pandang sepi. jarang sekali suara pinjaman Illahi ini aku guna untuk melantunkan ayat-ayat suci itu sekarang. alasan, bangun lambat detik hatiku. doa selepas solat juga ku bisikkan ala kadar sahaja. tidak mahu dicop hamba yang sombong kepada tuhannya. aku seakan lupa dalam ingat bahawa Dia Maha Mengetahui. setiap detik niat yang terlintas itu tidak pernah terlepas dari pengetahuan tuhanku yang satu. Wirid-wirid selepas solat sudah lama tidak bermain dilidahku. Buku wirid berwarna hijau milik abah hanya terletak cantik di rak buku. entah bila kali terakhir aku menyentuhnya. solat isyak pukul 3 pagi. sempat pula aku tidur dulu kadang-kadang. apakah ?!

lupa aku dulu di saat aku belum bersedia hidup di sini, Dia yang menjadi tempat aku menangis, mengadu, ayat-ayat al-Quran itulah penyejuk hati. merawat setiap tangis. di saat rinduku kepada orang tuaku Dia jugalah tempat aku merengek, mengadu perihal hati, meminta agar ditabahkan hatiku ini, dikuatkan semangatku ini. Dia jugalah tempat aku memohon agar dipermudahkkan urusanku di sini. Alhamdulillah, Dia sentiasa ada. Dia makbulkan doaku. tapi, aku lalai lagi. jika ada ibu bapaku disini, akan ku minta mereka melayanku sepertimana mereka mendidikku untuk menjadi hambaNya dahulu. pukullah jika perlu, sedarkan aku setiap kali aku terpesong, setiap kali hatiku cuba berpaling.

hari ini kesedihanku menyedarkan aku kembali. aku lalai, lalai lagi. solat tidak lagi di awal waktu, leka dengan perkara dunia. bagaimana Dia ingin kabulkan doaku jika hubunganku denganNya tidak aku jaga. Bagaimana ingin aku berjaya ?! Terasa betapa tidak layaknya aku untuk mengharap yang terbaik. Ya Allah, ampunkan dosaku. Sucikan hatiku. letakkan aku di jalanMu. Tetapkan pegangan agamaku Ya Allah. jadikanlah aku hambaMu yang solehah.


1 comment:

  1. miza: alhamdulillah. namun, xterlamabat untuk kita kmbali kpd ALLAH

    ReplyDelete