Thursday 31 August 2017

Lexis Hibiscus

Hello,

Harini saya nak share pengalaman saya bermalam di Lexis Hibiscus, Port Dickson pada April 28 yang lalu. Selepas beberapa bulan makan gaji saja saya teringin nak bawa kedua ibu bapa jalan jalan dan relax di tempat orang. Sehari pon jadilah. April pula adalah bulan kelahiran Cik Jalil dan Cik Minah kira hadiah hari jadi la buat mereka. Puas saya cari cari tempat yang selesa untuk saya bawa mereka kebetulan waktu itu baru selesai Matta Fair dan Lexis ada menawarkan Post Matta Fair discount untuk beberapa tempat peranginan mereka. Lalu saya pilih Lexis Hibiscus sebab nak merasa feeling feeling tidur menghadap laut gitu 🌊

Tuesday 29 August 2017

Ayam Bakar Wong Solo


Rasanya ramai yang tahu dan pernah makan di restoran ni kan. Bagi yang suka makan ayam penyet or ayam bakar mesti pernah duduk makan di sini. Wong Solo ni ada beberapa branch di sekitar KL dan Selangor dan satu di Melaka tak silap saya. Saya selalu ke cawangan Bangi dan Shah Alam Seksyen 7. 

Wednesday 23 August 2017

Ipoh: Konda Kondi Cafe


Untuk entry kali ini dan beberapa puluh entry yang akan datang 😆 saya nak share tempat tempat makan yang best at one of my favorite city in Malaysia, IPOH!! Ipoh ni dari tempat saya belajar dulu lebih kurang 30 minit je dapat pulak jenis kawan kawan dan saya sendiri yang tak kisah travel sikit untuk makan, memang ke sini la kami kalau nak makan sedap. Breakfast, lunch, hi tea, dinner semua ada.

Sunday 20 August 2017

Working Nature as IT Analyst

Saya mula bekerja October 31st, 2016 lebih kurang sebulan selepas saya decide untuk quit master study saya. Kenapa saya quit? Tunggu entry lain lah 😆 Saya bekerja dengan Schlumberger di office 1 First Avenue, Bandar Utama sebagai IT Analyst atau lebih tepat Global InterACT Service Desk Analyst. InterACT ni adalah salah satu product dari Schlumberger and tugas utama kami yang bekerja di dalam team ini adalah untuk support any request coming regarding this software.

Restoran Temerloh Catering


Antara menu
Past few weeks lebas cabut gigi besi di Subang Orthodontic Seksyen 13, saya terus bawak mak dan Daniel pergi lunch di sini. Dah lama mak teringin nak makan patin tempoyak tapi asyik tak berkesempatan pulak nak bawak.  Janji dari sebelum puasa sampai dah nak raya haji baru ada rezeki. Nak ke Go Bang jauh nau nasib ada kawan yang suggest tempat ni. 

Restoran New Hollywood



I'm importing some of my post from wordpress here so here we go. The original post is here . This is an attempt to cover up my old stupid post lol





The concept of 1 Malaysia has long existed here in Perak. 
New Hollywood, located in Ipoh exactly potray this concept. It is a Chinese own restaurant that serves only drinks and roti bakar telur goyang. However, it allows multiple stalls own by Malay and Chinese, (I didn’t noticed Indian but they might be there as well) to be in the same roof. So you got multiple of food choices to choose. Nasi lemak, fried kueytiaw, chee cheong fun, variety of kuih goreng and so much more. 

Saturday 19 August 2017

Kisah Baru

Bismillah

Taktau macam mana nak mulakan tapi hati ni terdetik nak menulis semula. Nak bercerita kisah hidup. Mungkin tiada yang sudi membaca, mungkin ada. Entah, tak terfikir audience, mungkin belum lagi. Harini teringat nak menjengah post post dulu allahu rasa nak disorok muka ni tapi itulah diri sendiri yang dulu. Baik buruk diri sendiri jugak kan.