Thursday 28 June 2012

First After Years

Di dalam hilai tawa
Kesepian menyerbu
Aku bagai tiada di situ
Jasadku terpaku diam membisu
Melihat engkau dari jauh
senyummu, tawamu, walau bukan untuk aku
Terasa luruh seluruh jiwaku
Diam di dalam hingar terusik sebenarnya hati ini, gundah tak menentu
Menerima hakikat dirimu terlalu jauh untuk ku gapai
Bukan semudah kasihku terpaut padamu
Tersiat.. Tercarik
Daku pasrah, itu sahaja yang aku mampu
Tidak layak diriku ini untuk terus melangkah mendekati kamu walau setapak
Jurang antara kita tak mungkin bagiku untuk dicampak ke tepi
Pedih lagi hati ini
Bukan tidak mahu mengejar
Tapi sedar aku bakal tersungkur di hadapan
Lebih baik mengelak luka dari dibiar jiwa merana
Pengecut.. mungkin ya
tapi apa gunanya menjadi wirawati jikalau hatiku bakal mati
Kulepaskan dia pergi jauh dari mimpi
Aku yakin, kebahagiaan itu akan kutemui suatu hari nanti

by,
Dayana AJ.


*this is the first after years since i stopped writing love. but this is just come across my mind when i saw him. Him, my existence is non important. He even do not know my full name i think. But it is better to be like that because i'm just gonna watch him from the back. Our gap is just too big. when i think it back, I don't deserve to hold him by my side. Secretly admiring you is just the best way :')

i don't even know if this is what we call love. 



Wednesday 27 June 2012

Hubungan aku dan Dia....Aku lalai

Hubungan aku dan dia. seolah-olah aku baru tersedar dari sedar yang selama ni memang nyata. mungkin kesedihan hari ini merupakan peringatan kepada aku untuk kembali kepada Dia. peringatan supaya aku meluruskan kembali niat di hati, mengingatkan aku tujuan aku di sini. sungguh aku lalai. pabila dilanda murung baru aku teringat untuk meratap, mengadu kepadaNya. tika senang dinikmati, lalai untuk aku bersyukur kpada pemberi nikmat. malu sungguh aku kepada Penciptku itu. ku bandingkan diriku hari ini dengan semalam. pukul 7 baru terjaga untuk solat subuh. Almathurat pon aku abaikan di pagi hari. Al-Quran itu aku pandang sepi. jarang sekali suara pinjaman Illahi ini aku guna untuk melantunkan ayat-ayat suci itu sekarang. alasan, bangun lambat detik hatiku. doa selepas solat juga ku bisikkan ala kadar sahaja. tidak mahu dicop hamba yang sombong kepada tuhannya. aku seakan lupa dalam ingat bahawa Dia Maha Mengetahui. setiap detik niat yang terlintas itu tidak pernah terlepas dari pengetahuan tuhanku yang satu. Wirid-wirid selepas solat sudah lama tidak bermain dilidahku. Buku wirid berwarna hijau milik abah hanya terletak cantik di rak buku. entah bila kali terakhir aku menyentuhnya. solat isyak pukul 3 pagi. sempat pula aku tidur dulu kadang-kadang. apakah ?!

lupa aku dulu di saat aku belum bersedia hidup di sini, Dia yang menjadi tempat aku menangis, mengadu, ayat-ayat al-Quran itulah penyejuk hati. merawat setiap tangis. di saat rinduku kepada orang tuaku Dia jugalah tempat aku merengek, mengadu perihal hati, meminta agar ditabahkan hatiku ini, dikuatkan semangatku ini. Dia jugalah tempat aku memohon agar dipermudahkkan urusanku di sini. Alhamdulillah, Dia sentiasa ada. Dia makbulkan doaku. tapi, aku lalai lagi. jika ada ibu bapaku disini, akan ku minta mereka melayanku sepertimana mereka mendidikku untuk menjadi hambaNya dahulu. pukullah jika perlu, sedarkan aku setiap kali aku terpesong, setiap kali hatiku cuba berpaling.

hari ini kesedihanku menyedarkan aku kembali. aku lalai, lalai lagi. solat tidak lagi di awal waktu, leka dengan perkara dunia. bagaimana Dia ingin kabulkan doaku jika hubunganku denganNya tidak aku jaga. Bagaimana ingin aku berjaya ?! Terasa betapa tidak layaknya aku untuk mengharap yang terbaik. Ya Allah, ampunkan dosaku. Sucikan hatiku. letakkan aku di jalanMu. Tetapkan pegangan agamaku Ya Allah. jadikanlah aku hambaMu yang solehah.


Tuesday 26 June 2012

What an IMBA day

Haha, okay belum cerita dah gelak. Actually hari IMBA ni jadi Ahad lepas. tapi disebabkan masalah-masalah rumah tangga, rumah pintu, dan rumah-rumah yang menjadi keutamaan dan perlu diselesaikan terlebih dahulu, maka terbantutlah cerita IMBA ni. what is IMBA ?! you are noob if you are an UTPian and you don't know what is IMBA. untuk uolls yang bukan part of UTPian and nak tau boleh lah klik laju-laju kat blog IMBA  ni ehh. tetiba rasa cam nak mintak komisyen kat abam imba sebab promote blog die free of charge. ahaks. don't bash me in your blog ye abam*sambil buat muka comel dengan senyuman yang sangat menggoda


ahad lepas tercetuslah kepoyoan aku dan rakan-rakan segeli-gelian konon nak keluar jenjalan sendiri(satgi aku tepek gamba). ni semua sebab one of us merupakan pemegang segar fresie lesen P. Konon nak menyombong la dengan pakcik-pakcik teksi yang selalu berkhidmat dengan penuh jayanya dengan student-student UTP ni. bukan nak ke mana pon kitorang. mula-mula plan nak pergi tesco station 18 je pon. baru je kami mulakan perjalanan tak sampai 5 minit. senang citer baru sampai depan gate UTP tu ha dah start IMBAnya hari kami. I repeat again driver kami merupakan freshie. first time die bawak kereta kat jalan raya lepas dapat cium lesen yang umpama warga bukan melayu tulen kalau takde lesen tuh. Damn aku pon takde lesen >.<
Sampai kat gate tu member aku ni pun maybe tak 100% comfortable lagi dengan kereta tu break secara mengejut yang membuatkan kereta comel tu agak tersengguk-sengguk kat situ. nevermind, freshie kan. x gentle la kalau takde drama. hahaha. yang tak boleh blahnya pakcik gate tu lah. dia punya gelak sampai bergoyang-goyang lah perut bulat die yang comel tuh. kurang asam punya pakcik. saman kang baru tau. eh. kitorang yang kat dalam kereta ni dah rasa macam nak terbang gi planet marikh menyorok jap. haha.

okay, cerita tak habis kat situ. first kitorang gerak ke station ktmb batu gajah dulu. Gi beli tiket ETS nak balik keyell next week. Mid sem woooo. tapi 4 hari je. Damn lagi sekali =.=
back to the story. memang kitorang plan nak gi tesco station 18 je. yelahh, nak beli keperluan anak-anak. eh tak, keperluan diri. haha. and guess what. agak-agak bape lama kitorang amek masa nak sampai?! and main point dia sekarang. sampai ke kitorang kat tempat yang dituju ?! haha. rasa malu lak nak terus tulis cerita ni. takpe-takpe, aku tebalkan muka yang dah sedia tebal ni. apa jawapan kepada pertanyaan tersebut ?!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
selepas 3 jam

bertudung purple=Afiqah si driver freshie
tudung hitam=Zaty roommate merangkap member dari sekolah menengah lagi
tudung biru=Dila yang sebenarnya nak shopping
and yang tudung merah=aku yang comel :p 

yes, seriously after 3 hours baru kitorang sampai. itupon bukan station 18 tapi Jusco Ipoh. haha. jauh melencong kan. nilah padahnya jalan ikut instinct. cuba sebut siket ceruk mana kitorang tak lalu. rumah ketua polis pon dah sampai la weyh. korang ada ?! takde kan ?! haha. setakat The Store ipoh tu 2 3 kali jugak la lalu situ. haha. sepanjang perjalanan yang penuh liku tu setakat enjin mati dah tak terkira kodd. watlek ar. kalau takde cerita IMBA cenggini dah tua nanti nak citer apa kat cucu kan?! haha. first kitorang singgah Ipoh Parade. dah la perut dok menjerit-jerit nyanyi lagu westlife. memang habis lari tone lahh. then takde benda pon kat situ. yang ada cuma pertandingan Mr. Perak di mana abang sasa tanpa baju dan memakai seluar dalam sahaja yang mungkin ada diantaranya ada yang pakai  jenama hush puppies melumurkan minyak di badan lalu mempamer aksi mengghairahkan di atas pentas. Astaghfirullahalazim. dah tak sanggup menyaksikan maksiat tersebut, lalu kami pon beredar dan berusaha bersungguh-sungguh mencari Jusco Ipoh. perghhh. lega giler kodd bila dah sampai. and dengan tegesa-gesanya macam orang dah seminggu tak makan kami meluru ke mcD. lapar wooo... IMBA sungguh !!

Aneh sungguh biler nak balik kitorang amek masa lebih kurang sejam je. 
kbye =.=

p/s If I Let You Go lagu peberet aku :D




Sunday 24 June 2012

M A L A S

huwarghhhhhh... like seriously aku tengah malas to the max ni. this coming Tuesday ada test Linear Programming and Calculus. and i'm not study yet even a single thing. ayoyo kadawale. kalau dah genius takpela jugak. kang marks low eden jugak yang merana.

k bye nk gi setadi. 

gua tak secomel ni. ahaks

Wednesday 20 June 2012

Blank

I just feel like something wrong with me. It just something that indescribable. Something yang membuatkan aku tak selesa. Hati ? perasaan ? sakit ? ngada-ngada ? i don't have the answer. Roommate dengan member-member dah berjimba-jimba kat tasik. Joging, jalan-jalan, atau mengusha abam-abam sasa berlari dan berkayak dengan penuh kehenseman mungkin, oshhh,, terasa rugi tak dapat melaksanakan aktiviti menyihatkan mata tu dengan rakan-rakan seperjuangan. Bukan ngada-ngada taknak follow atau mintak dipujuk untuk ikut beriadah sekali tapi aku just blank sambil menghadap lappy yang terdapat tab facebook, twitter, youtube dan blog. ohh, tak dilupakan google translate yang sangat membantu. ye ye, English aku tak perfect macam kamu. turut memerlukan bantuan kadang-kadang dari pakcik translate yang bahasa bakunya tahap dewa tuh. i don't know, aku nak buat tu buat ni, but at the same time aku rasa aku tak layak buat apa-apa. what's wrong with me man. just now in the class i was so excited nak pegi recruitment for Convo Fair. but now, my heart says 'jangan ngada-ngada nak pergi'. 

Don't say that my 'old disease' is coming back. it's hard to go through it and i don't want it to happen again :(