Candi Prambanan |
Alhamdulillah Allah bagi rezeki untuk saya melihat satu lagi bahagian Asia Tenggara ni. Saya baru sahaja balik dari Yogyakarta/Jogjakarta semalam. Subhanallah, terlalu banyak yang saya lihat dan pelajari dan InsyaAllah saya akan kongsikan pengalaman saya. Apa yang baik kita kongsi ye dak.
Trip saya ini adalah selama 5 hari 4 malam dan saya pergi bersama dua lagi rakan saya. Kami beli ticket awal tahun semasa promo AirAsia. Perjalanan ke Jogja dari KLIA2 ke Adisujipto mengambil masa 2 jam setengah dan kami sampai lebih kurang jam 10.30 pagi local time. Waktu di sini adalah sejam lambat dari Malaaysia.
Sampai je kami di airport, Pak Salim supir kami dah sedia menunggu. Terasa special pula bila ada yang menjemput dengan banner ni hehe. Dari Airport Pak Salim terus bawa kami ke kedai menjual SIM. Kami beli SIM card SIMPATI from our research pon memang service provider ini yang paling bagus coveragenya. Bagi pengguna Digi pulak korang boleh roaming dengan harga 25MYR untuk 2GB internet dan 30 minutes call for 3 days. Provider adalah Indosat. Untuk SIM SIMPATI ni saya beli yang berharga 110 000 untuk 7GB internet. SIM ni saya guna bersama mobifi senang untuk kongsi dengan kawan kawan. Ada beberapa pilihan yang lebih murah tapi kami bertiga memang pengguna internet tegar perlukan data yang banyak.
Disebabkan kami sampai hari Jumaat, Pak Salim drop kami di hotel sementara dia ke masjid untuk solat jumaat. Sepanjang di Jogja kami menginap di DSenopati Malioboro. Hotel ni bertaraf 3 bintang tapi sangat sangat sangat selesa. Yang paling best mestilah biliknya. Saya book twin room tapi katil single dia boleh cater 2 adults tau! Hotel ni lengkap dengan pool, dan breakfast. Lobby hotel pon besar.
Lobby hotel |
Dari hotel Pak Salim bawa kami ke Candi Prambanan. Sebelum itu kami minta Pak Salim bawak kami ke tempat makan sebab masing masing dah kelaparan. Pak Salim bawa kami ke tempat makan yang bernama Satria Resto. Tempat makan ini terletak tak jauh dari Prambana di tepi sawah. Lapar lapar tu dapat pula ayam pedas pedas fuhh mengancam beb. Senyap kami makan sebab sedap ya amat. Dekat sini juga kami beli ticket untuk ke Prambanan dan Borobudur yang berharga 300 000 each. Agak mahal kalau student boleh dapat half price tapi kami semua jujur orangnya so kia bayar la harga ticket 600 000 tu haha.
Btw Candi Prambanan ini adalah temple untuk agama Hindu. Di sekeliling temple ni banyak juga kesan kesan runtuhan tetapi candi utama masih lagi utuh. Kami sempat juga masuk ke dalam. Gelap dan ada beberap patung keagamaan di setiap candi. Lebih kurang satu jam setengah kami di sini kami bergerak pula ke Tebing Breksi kononnya nak melihat sunset. Tapi bukan reeki kami sebab cuaca yang cloudy sunset menyorok. Tetapi kami naik juga melihat pemandangan. Tebing ini dikikir dengan tangan tu. Senang cerita it is hand made instead of machine made.
Untuk naik ke Tebing Breksi ni ada tangga tangga yang dikikir. Memang dekat Jogja ni semua tempat tinggi tinggi. Baru hilang penat main tangga di Prambanan kita naik pula tangga Tebing Breksi. Untuk saya yang berbadan besar ni menggigil jugak daki tangga tinggi tinggi. Tambah pula dengan sejarah kaki yang asyik terseliuh dan terpeleot beberapa kali. Dekat sini ada juga tempat nak makan minum tapi kami takde pegi tengok pon sebab leka ambil gambar di atas tebing ni. Ada beberapa spot foto dan bayaran pula adalah seikhlas hati. Nak pegang brurung hantu pon boleh. Siap ada one Malaysian dekat atas ni from Terengganu tau. Visitor akan beratur nak bergambar sebab dia kelihatan terapung sambil memegang tongkat. Jenuh juga saya fikir apa trick dia rupanya ada besi di bawah kaki dan tempat duduk yang not visible.
Tidak jauh dari Tebing Breksi ni korang boleh melawat Candi Ijo. Lebih kurang 5 minit je naik kereta. Candi di sini tidak lah sebesar Prambanan tadi tapi sesuai unutk kita lawat sebab ianya jugak salah satu temapt sejarah. Candi ni dipanggil Candi Ijo bukan sebab dia warna hijau ye tapi sebab kawasan ini yang dipanggil Gumuk Ijo. Dari atas ni kita boleh tengok pemandangan hijau di bawah. Untuk ke kawasan Tebing Brreksi dan Candi Ijo ni kita akan lalu juga jalan ke Candi Ratu Boko tapi kami memang tak bercadang nak singgah.
Di Candi Ijo |
Jogja ni cepat gelap. Dalam pukul 530 petang matahari dah mula terbenam. Jadi dari sini kami terus ke Omah Oblong dan Batik Rumah. Hari pertama kami dah shopping macam macam. Tempat ni pon Pak Salim yang bawa sebab awal awal kami dah bagitau memang kami nak shopping tshirt, batik, cosmetics, and souvenir. Rambang mata betul saya dekat Rumah Batik ni terlalu banyak pilihan dari baju, seluar, kain batik sarung, batik lepas. Batik sarung dan lepas pula yang paling mahal mestilah batik lukis yang kebanyakannya harga lebih 1 juta. Saya dapat beli beberapa helai batik stamp, print, dan mix stamp dan lukis, beberapa helai baju kelawar dan sejadah untuk di bawa balik. Semua belian ada 20% discount. Baru hari pertama duit dah susut haha. Kalau ikut hati memang nak borong sleagi boleh tapi saya tahan mengenangkan ada baki 4 hari lagi di Jogja.
Di Omah Oblong kami beli tshirt untuk dipakai keesokan hari. Memang kami dah plan nak pakai baju Jogja pada hari kedua. Barulah nampak macam tourist kan. Kami beli tshirt yang agak berkualiti dengan harga 3 helai 200 000. Ada yang lebih murah dan mahal tapi dah hati berkenan yang itu kan. Malam itu kami sempat melawat Tugu Pal Putih dan makan di satu warung di kawasan yang sama. Dinner kami itu dipanggil nasi kucing. Ha bukan masak kucing yea tapi menurut Pak Salim sebab gaya makan yang seperti kucing, Nasi, ikan bilis dan sambal. Tapi sedap oi. Memang kami dah cakap nak makan yang Jogja authentic sahaja.
Hari pertama sahaja jadual kami sudah padat. Malam itu kami tidur beberapa jam sahaja sebab plan esok hari nak ke Jurang Tembelan tengok sunrise. Oh ya untuk dapatkan khidmat supir dengan Pak Salim ni korang boleh whatsapp dia directly. Sangat recommended sebab skill driving memang power, boleh suggest macam macam tempat dan layan kerenah korang nak makan nak shopping dan boleh tolong ambikkan gamba untuk instagram,
Pak Salim : +62 881 6781228
Ini baru hari pertama, Nanti saya akan sambung entry hari kedua pula. Untuk gambar gambar sepanjang lawatan boleh follow ig saya @dyanaaj cehh promote :p
No comments:
Post a Comment