Wednesday, 8 November 2017

Jogjakarta Trip Day 2: Jurang Tembelan, Wisata Seribu Kayu, Rumah Hobbit, Hutan Pinus, Goa Pindul, Pantai Timang

Hari kedua di Special Region of Jogjakarta.

Plan asalnya kami nak mulakan trip di hari kedua dengan melihat sunrise di Jurang Tembelan. Tapi tak sempat sebab Pak Salim ada masalah dengan pipe air dirumahnya jadi kami keluar sedikit lambat. 

Fact: Kebanyakan kawasan Jogja yang berada di luar pekan masih lagi menggunakan air yang dipam sendiri dari bawah tanah. Kalau dekat Malaysia mak mak kita panggil pam Jepun tu. Takde bekalan air macam kita yang hampur keseluruhan kawasan diuruskan kerajaan negeri. Saya sempat berborak dengan driver jeep kami di Pantai Timang, dia cakap di kawasan kampung sebelum naik ke Pantai Timang tu bila masuk musim panas dan sumber air kering, penduduk akan beli air yang berharga 80 000 IDR sebanyak 5000 litre. Untuk keluarga yang besar boleh la bertahan 2 hingga 3 minggu. 

Kami sampai di Jurang Tembelan lebih kurang pukul 6 pagi tapi dah trang tang tang. Kat sini kami bergambar di tepi tepu jurang tu. Banyak platform untuk bergambar yang dibina untuk pelancong. Kedai kedai makan pon banyak kalau nak breakfast. Tapi kami tak makan sebab awal awal lagi kami dah pesan dengan pihak hotel untuk tapaukan breakfast. Oh yes, dekat sini hotel memang tahu kita pelancong suka keluar awal pagi. So a night before tu korang boleh request untuk bungkus breakfast siap siap. Hotel will pack your breakfast nicely so korang senang bawak.

Jurang Tembelan

Dari Jurang tembelan kami bergerak pula ke Wisata Serbu Kayu dan Rumah Hobbit yang terletak dalam satu kawasan yang sama. Tempat ni tak jauh pon dari Jurang Tembelan. Dalam perjalanan tu Pak Salim berhenti sekejap di tepi jalan untuk tunjukkan kami pokok kayu putih. Daun pokok ni la yang dibuat minyak kayu putih. Kalau taktau bau dia seakan akan bau minyak telon yang selalu kita pakaikan dekat baby tu. Wangi beb. Dari sini kami singgah pula di Hutan Pinus. Cantik kawasan ni masa kami datang ada sekumpulan makcik pakcik tengah exercise di kawasan ni. Pokok pinus ni semua tinggi tinggi dan lurus.





Dari sini kami terus ke activity menarik hari ini. Cave Tubing di Goa Pindul! Mula mula kami tak bercadang pon nak ke sini sebab kononnya tanak basah basah baju. Tapi Pak Salim insist tempat ni best so kitorang decide why not. Sumpah tak menyesal pergi in fact this is one of the best place to be visited. Dekat sini kami bayar 200 000 IDR seorang untuk 3 activities which are cave tubing, river tubing, dan caving. .kami kongsi 100 000 untuk hire photographer di sepanjang kami di dalam gua tu. Dari tempat membuat bayaran kami dibawa naik lorry ke tempat nak tubing ni. Panas panas naik lorry terbajkar muka makcik haha. Kami bergerak dalam satu kumpulan bersama pelancong lain. Kebetulan semasa kami di situ ada sekumpulan makcik pakcik dari Surabaya buat reunion after 50 years kemain meriah kauuu. Korang boleh tengok gambar gambar kat bawah ni untuk activity kitorang di sini.


Kitorang naik lori ni ramai ramai untuk ke gua  lepastu maisng maisng kena angkat satu tube.






Lepas cave tubing kitorang ke river tubing pulak. Waktu kami ke sini belum lagi musim hujan jadi air keruh dan surut. Kalau musim hujan selalunya jaring akan dipasang in case ada yang jatuh. tebing tu pon tak nampak tau kalau musim hujan. BTW manage to find Rangga super sado here :p



Highlight of the day mestilah Pulau Timang. Pulau Timang sejak beberapa tahun ni mula popular lebih lebih lagi sejak Running Man lakukan penggambaran di sini. Bak kata driver jeep kami "berapa jumlah penduduk di Malaysia itu? Hari hari mesti tak kurang 200 pelancong dari Malaysia ke sini". Memang ramai pengunjung dari Malaysia melawat ke kawasan pantai/pulau Timang ni. Pengunjung boleh memilih untuk menaiki jeep atau ojek/motor untuk ke kawasan pulau timang. Bayaran untuk jeep adalah 350 000 IDR manakala Ojek 100 000 sahaja. Untuk uols yang nak datang ke sini janganlah tawar lagi sebab harga memang dah dikira sangat sangat berpatutan dengan jalan yang sangat lah tak sempurna. Naik jeep pon kenna berpaut tau. Dan kalau boleh pilih la untuk menaiki jeep terutamanya kalau hujan. Jalan akan licin dan bahaya untuk naik ojek. Sewaktu kami pergi, dua hari sebelum itu ada pelancong dari Malaysia jatuh dan patah bahu sebab jalan yang licin.

Perjalanan lebih kurang 20 minit ke pulau timang sangat berbaloi sebab korang memang akan disajikan dengan pemandangan yang sangat sangat cantik. Subhanallah kawasan yang jauh dari hiruk piruk bandar menghadap lautan biru ombak tinggi. Memang saya terpegun sangat. Untuk ke Pulau Timang ni korang ada pilihan untuk berjalan di atas jambatan atau naik gondola the manual cable car. Mesti la saya pilih utnuk naik gondola. Mula mula saya memang takut dan mereka benarkan kami naik bedua. Kami spend masa lebih kurang satu jam di sini ambik gamba di tepi tebing dan sebagainya. Kalau boleh nak tunggu sunset di sini tapi mengenangkan jalan yg berbahaya dan hari makin gelap, kami decide untuk balik sahaja. Balik ni mestilah naik gondola sorang sorang baru feel!





Oh ya kalau ke sini tak sah kalau tak makan lobster. Kami spend 600 000 IDR untuk 6 ekor lobster (2 jenis masakan), sotong goreng tepung, bawal goreng, dan sayur tempe beserta air. Fuhh terduduk kekenyangan memang puas gila!


Balik dari pantai timang ni saya memang pengsan sepanjang perjalanan. Sedar sedar je kawan kawan ajak singgah di murtabak 100+ Rasa. Memang macam macam filling ada cheese, blueberry, even yang traditional pon ada. Sedap! Dinner kami makan murtabak ni je sebab masih kekenyangan melahap lobster. Itupon separuh mata je terbukak sebab mengantuk dan letih seharian berjalan


No comments:

Post a Comment