Friday, 11 October 2013

4 Months Break

Hello dear readers,

jujurlah sayang aku tak mengapa~ i'm sure korang like confirm bengang gila bukak bukak je ada lagu jiwang nokharomm tetiba play. macam budakbudak la minah ni letak lagu entah hape hape. rilex brader, i dah lama tak belek blog ni so di kesempatan yg ada ni, haaaa i edit la apa apa yg patut. nak rasa jadi bebenu kejap letak letak lagu bagai. LOL tu button pause kat bawah. jangan marah, muka yang tua tu bertambah tua karang. chill he chill he

perghhh seriously dah lama gila i tak blogging blogging bagai ni. dah ni i taktau nak tulis apa. actually i'm having my semester break. 4 months ollss. sejak masuk foundation january last year, ni la baru nak merasa cuti panjang. paling lama penah dapat cuti dari UTP ni 2 weeks je. and now dah duduk rumah taktau pulak nak buat apa. Almost a month i'm in holiday baru terfikir nak ketuk ketuk blog ni tanya khabar.

i'm not lazy fat ass yg tanak kerja k. but i have to stay at home. accompany my mom since my dad is going for hajj. so now i duduk rumah, buat apa yg patut. kadangkadang boring jugak. taktau nak buat apa. but hey boring tu alasan. bila fikir balik, you gotta tons to be settled. buat semua yg tengah menternak lemak memasing kat rumah tu cuba tengok sekeliling, kemas sgt ke rumah awak ? takde habuk secalit pon ? siapa masak kat dapur tu, tanak tolong ke ? baju dah sidai ? kain baju dah lipat ? ohmaiii kalau nak listkan memang panjang. praktis praktis la jadi suri rumah kan. ohoiiii gatainya dok rindu kat abang sayang. dah tau rindu kot kahwin nanti takkan nak bagi laki hang buat keje ? malu aihhhh

damn melalut dah. conclusiom dia perkataan boring tu tak patut wujud dalam kamus hidup seorang manusia. it just a matter of you wanna do it or not. that's it. you lazy, you boring

Rasa macam terkena kat diri sendiri la bila cakap pasal malas ni.

Till the next post fellas

Tuesday, 23 October 2012

Sekali Lagi

Degupanku makin laju
Satu, satu, satu
Makin deras, kencang, tidak tertahan
Berhenti, rayu hatiku
Tapi teman yang berada di sisi tidak sekali cuba mengalah
'Bukan aku yang mengawalnya !'


Puas aku menahan, cukuplah
Kembali ke jejak asalmu
Ini bukan masanya, bukan waktunya
Bukan detiknya untuk aku resah kerana dia
Darahku umpama membawa namanya ke segenap penjuru
Segalanya dia, dia, dia, dia
Jika mampu aku hentikan aliran ini buat seketika
Akan ku juang, akan ku redah
Supaya obsesiku tidak mengawal akalku


Namun daya itu tiada
Fikiranku umpama hanya menurut bicara hati
Hati yang mengalunkan hanya nama dia, nama dia
Deruan nafasku milik dia
Kerlingan mataku hanya dia
Senyum dan tawaku untuk dia


Bunga hati tak ingin berdarah lagi
Tapi akal seakan mengizinkan aku mencuba sekali lagi. 


 dayana aj

Tuesday, 3 July 2012

Mungkin kerana niat.

Sayu lagi hari ni. berhari-hari aku menelaah untuk test Introduction to Business Information System. aku mengaku. lemah betul aku dengan subject ni. untuk result yang baik aku kena gandakan effort 400%. untuk orang yang bijak mungkin tak sampai 100% pon dah cukup. tapi untuk aku ni. mungkin aku kena usaha lagi. susah nak mengingat. itu kelemahan aku. beria-ia aku menghafal definition, example and all that, left it for a moment and it will be disappear just like that. i don't know what's my problem. maybe there's something in my head that i should remove. i should go and do medical check up i think. haha.
but, when i think about it, maybe ada lagi yang tak lengkap dalam hidup aku. mungkin hubungan dengan Allah tak cukup sempurna, mungkin jugak niat untuk belajar tu dah terpesong. aku kena betulkan niat untuk belajar tu. mungkin itulah puncanya.

kejayaan tu jauh lagi kat depan. untuk aku capai kejayaan tu aku kena lalu titi yang usang ni. mungkin aku akan jatuh di tengah-tengah tapi aku akan cuba bangkit. dalam aku melalui titi ni aku kena ikhlaskan hati untuk belajar. ikhlas kerana Allah. 

Thursday, 28 June 2012

First After Years

Di dalam hilai tawa
Kesepian menyerbu
Aku bagai tiada di situ
Jasadku terpaku diam membisu
Melihat engkau dari jauh
senyummu, tawamu, walau bukan untuk aku
Terasa luruh seluruh jiwaku
Diam di dalam hingar terusik sebenarnya hati ini, gundah tak menentu
Menerima hakikat dirimu terlalu jauh untuk ku gapai
Bukan semudah kasihku terpaut padamu
Tersiat.. Tercarik
Daku pasrah, itu sahaja yang aku mampu
Tidak layak diriku ini untuk terus melangkah mendekati kamu walau setapak
Jurang antara kita tak mungkin bagiku untuk dicampak ke tepi
Pedih lagi hati ini
Bukan tidak mahu mengejar
Tapi sedar aku bakal tersungkur di hadapan
Lebih baik mengelak luka dari dibiar jiwa merana
Pengecut.. mungkin ya
tapi apa gunanya menjadi wirawati jikalau hatiku bakal mati
Kulepaskan dia pergi jauh dari mimpi
Aku yakin, kebahagiaan itu akan kutemui suatu hari nanti

by,
Dayana AJ.


*this is the first after years since i stopped writing love. but this is just come across my mind when i saw him. Him, my existence is non important. He even do not know my full name i think. But it is better to be like that because i'm just gonna watch him from the back. Our gap is just too big. when i think it back, I don't deserve to hold him by my side. Secretly admiring you is just the best way :')

i don't even know if this is what we call love. 



Wednesday, 27 June 2012

Hubungan aku dan Dia....Aku lalai

Hubungan aku dan dia. seolah-olah aku baru tersedar dari sedar yang selama ni memang nyata. mungkin kesedihan hari ini merupakan peringatan kepada aku untuk kembali kepada Dia. peringatan supaya aku meluruskan kembali niat di hati, mengingatkan aku tujuan aku di sini. sungguh aku lalai. pabila dilanda murung baru aku teringat untuk meratap, mengadu kepadaNya. tika senang dinikmati, lalai untuk aku bersyukur kpada pemberi nikmat. malu sungguh aku kepada Penciptku itu. ku bandingkan diriku hari ini dengan semalam. pukul 7 baru terjaga untuk solat subuh. Almathurat pon aku abaikan di pagi hari. Al-Quran itu aku pandang sepi. jarang sekali suara pinjaman Illahi ini aku guna untuk melantunkan ayat-ayat suci itu sekarang. alasan, bangun lambat detik hatiku. doa selepas solat juga ku bisikkan ala kadar sahaja. tidak mahu dicop hamba yang sombong kepada tuhannya. aku seakan lupa dalam ingat bahawa Dia Maha Mengetahui. setiap detik niat yang terlintas itu tidak pernah terlepas dari pengetahuan tuhanku yang satu. Wirid-wirid selepas solat sudah lama tidak bermain dilidahku. Buku wirid berwarna hijau milik abah hanya terletak cantik di rak buku. entah bila kali terakhir aku menyentuhnya. solat isyak pukul 3 pagi. sempat pula aku tidur dulu kadang-kadang. apakah ?!

lupa aku dulu di saat aku belum bersedia hidup di sini, Dia yang menjadi tempat aku menangis, mengadu, ayat-ayat al-Quran itulah penyejuk hati. merawat setiap tangis. di saat rinduku kepada orang tuaku Dia jugalah tempat aku merengek, mengadu perihal hati, meminta agar ditabahkan hatiku ini, dikuatkan semangatku ini. Dia jugalah tempat aku memohon agar dipermudahkkan urusanku di sini. Alhamdulillah, Dia sentiasa ada. Dia makbulkan doaku. tapi, aku lalai lagi. jika ada ibu bapaku disini, akan ku minta mereka melayanku sepertimana mereka mendidikku untuk menjadi hambaNya dahulu. pukullah jika perlu, sedarkan aku setiap kali aku terpesong, setiap kali hatiku cuba berpaling.

hari ini kesedihanku menyedarkan aku kembali. aku lalai, lalai lagi. solat tidak lagi di awal waktu, leka dengan perkara dunia. bagaimana Dia ingin kabulkan doaku jika hubunganku denganNya tidak aku jaga. Bagaimana ingin aku berjaya ?! Terasa betapa tidak layaknya aku untuk mengharap yang terbaik. Ya Allah, ampunkan dosaku. Sucikan hatiku. letakkan aku di jalanMu. Tetapkan pegangan agamaku Ya Allah. jadikanlah aku hambaMu yang solehah.