Friday, 2 December 2011

Amanianz. After this....


Vinodini yang duduk betul-betul kat tepi pintu masuk kelas
Yaashini yang pernah jadi Guardian Angel aku
Prieya yang aktif ke sana ke sini
Shalliny yang nampak je kecik tapi excellant mind woii
Nilly yang manis senyumnya
Fadhilah yang malu-malu
Toh Chee Cheng yang selalu hias kelas
Chai Angel yang cantik manis tapi sekali kau buat hal mau kena penangan taekwando dia
Sathieswaran yang selalu duduk kat belakang kelas
Samuel Raj yang non-stop talking
Tiruselvan the gentleman
Ling Kar Ken si penghibur 5 Aman
Keshika yang gorgeous
Nallini the librian
Pavitra yang rock
Thashwinny si music addict
Lau Kah Yan yang so cute bila gelak
Koh Wan Jing yang sopan santun
Teoh Heng Yee, OMG the handsome boyyyy !!!!!
Chan Hong Wai yang takde perasaan :p
Eswaraj yang suka lawan cakap cikgu, lalalalalala ~
Magehson yang karangan BM dia boleh buat the whole class terpana
Joshua, wohooooo the hero
Aravintharan, the source of the better changes in account class :D
Nabilah yang selalu ulang dialog "sila bayar duit kelas"
Memey, si photographer yang banyak story :)
Zaty, akak KRS. hihi xD
Ashivini, gifted tauuu !!
Aimie yang suka tido
Zarith yang kecik molek
Hafiz, mat Gatsby yang bakal jadi botak. huahuahua
Hazim yang selalu kena marah bila dok depan. sape suruh tinggi sangat. :p
Nurul yang suka bagi nama pelik-pelik kat aku
Atiyah, penolong merangkap tukang sapu kelas.(dia je yang rajin) :D
Syazreen yang pantang orang usik tudung dia.:p
Syazlyn, the sweety
Akilan, the mysterious
Ashwinnie yang pendiam
Oh Pei Wen,, huwaaaaa cantik giler !!
Lee sin Jat si comel yang pendiam dan pemalu.
and the last si Dayana AJ, yang duduk depan sekali sebelah Nabilah and dengan selambanya tido even  cikgu tengah mengajar. si ketua pengawas yang tak macam ketua pengawas dll. haha xD

After this... i can't see all this anymore. semua orang akan bawak haluan sendiri. before this aku tak pernah kisah pasal cuti. because i know sooner or later i'll still can see all this. but now, no more.

guys, i just want to let you know that my friendship is not like the rain that pours and goes. it is more like the air, sometimes keepin quiet and sometimes makin noise, but it always there around you. i love you <3



Friday, 23 September 2011

He is Our Little Sunshine

Assalamualaikum

Naufal Daniel Thaqif

budak kenit ni ialah cucu Cik AJ dengan Cik Minah yang nombor 6
which means anak sedara yana yang nombor 6 lah.
dia lahir 7/8/2011 bersamaan 7 ramadhan

our family environment dah makin happening dengan datangnya budak kecik ni dalam rumah. 
kalau dulu abah bosan2 dia tido. kalau dulu emak asyik cakap dia bosan dok rumah.
now dua2 dok melayan cucu :p
yana yang tak pandai layan budak kecik ni da boleh la sikit2. 
dengan bangganya yana cakap yana reti bancuh susu dia. haha xD
baru sekali je pun. 
ngeh2 !!

cepatla besar ye Daniel :)





Wednesday, 13 July 2011

PLKN

MAAF, ANDA TIDAK TERPILIH UNTUK MENYERTAI PLKN SIRI 9/2012

yeaaaayyyyyyyyyyy !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
hehe,, berdebar2 yana tunggu reply sms ari isnin ari tuh.. n after few hours waiting this is the results..
actually yana tak kisah. kalau dapat yana pergi. kalau tak dapat lagi bagus. hehe

yana jeles dengan sape yang dapat pergi
dorang ada belt plkn, uniform plkn
boleh tak yana nak benda2 tu je ?!
:)

Sunday, 29 May 2011

Kalau Duit Semuanya Pandai

sila bayangkan situasi ini

sebuah keluarga yang terdiri dari seorang ayah, emak, 2 anak perempuan dan seorang anak lelaki. ayahnya kita namakan saja Jamil. dia baru sahaja mendapat duit sebanyak 100 000 000 juta. oke nampak sangat menipu. 1000 000 lah. namun anak-anak perempuannya Peah dan Non mengatakan Jamil itu kedekut kerana tidak mahu menghulurkan duit yang diperoleh walaupun 5000 ribu. mereka berhujah pung pang pung pang mengalahkan pemidato ter awesome dunia !!segala bahan yang boleh menguatkan umpatan kosong mereka termasuklah hal2 agama turut diselitkan supaya hujah dorang nampak hebakkkkk...ohh lupa nak bagitau si Peah dan Non ini merupakan bekas minah rempit kampung yang sangat dikenali oleh penduduk kampung umpama artis Malaysia dan menjadi tajuk2 utama di warung kopi. Si Peah sedang merancang ingin mendirikan rumah tangga dan mengimpikan wedding yang grand macam Dato' Siti Nurhaliza namun tidak mahu mengeluarkan duit sendiri walau setengah sen.

macam mana pulak dengan anak bongsu?!kita namakan si anak teruna ini sebagai Lan. Si bapa menghadiahkan anak terunanya ini Sony Vaio, Galaxy Tab, Ray Ban dan sebagainya. Si Lan ini memang mengharap untuk memiliki barang2 yang cool macam tu tapi tidak lah terlalu mendesak Jamil. bagi Lan, kalau dapat Alhamdulillah. kalau tak dapat nanti dah kerja usaha sendiri. Lan ini merupakan penuntut di universiti Oxford. pemikirannya tak sechannel dengan Peah dan Non. ya, si LAn ini merupakan orang yang suka bergaya dengan barang-barang mahal namun dia tidaklah suka mendesak Jamil. Dia faham keadaan Jamil yang memerlukan duit, nak menanggung pelajarannya di Oxford lagi.Lan juga tidaklah jahat. hanya nakal-nakal manja sahaja.

Si Peah dan Non dengki dengan Lan yang menjadi perhatian bapanya. mereka asyik merungut dan menyerengetkan mulut tanda protes. mulut mereka umpama laser ayik mengenakan si Lan. Apa yang mampu Lan buat ?!selain menbidas serba sedikit dia hanya mampu berdiam diri dan mempertahankna bapa kesayangannya dalam hati. si emak pula ?!kadang kala di pihak Lan. selebihnya di pihak anak-anak kesayangannya Peah dan Non.kasihan Lan. namun Lan lebih kasihankan bapanya yang menjadi umpatan anak sendiri.


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


faham tak apa yang yana cuba sampaikan. story ni memang takde kena mengena dengan yang hidup ataupun mati. tapi benda ni realiti kan. orang sanggup buat apa sahaja demi duit. macam situasi kat atas. dalam keluarga sendiri. si anak mementingkan diri sendiri. menyalahkan bapa. dorang tak pikir apa yang dorang buat selama ni menyakitkan hati ibu bapa. setiap kata atau tingkah walaupun pada kita remeh sebenarnya mengguris hati mereka. ada jugak spesies yang bodoh sombong. berlagak pandai tapi tolol. suruh belajar pergi bersemolot. betenggek di belakang motor. tapi bila sampai bab duit dialah juara. setiap inci ilmu agama diperkatakan umpama alim ulama. padahal amalan wajib belum tentu sempurna.

inilah yang akan jadi bila otak letak kat lutut. Allah memberi kita akal untuk berfikir yang mana baik yang mana buruk. apa yang kita buat ?!masih menjadi hamba kepada syaitan dan nafsu. Iblis juga yang menang. mungkin ada kesalahan yang dilakukan oleh si bapa. tapi apa hak kita untuk untuk mencampuri urusan tuhan.biarlah kesalahan itu diadili oleh Allah. bukan anak !! hidup seorang anak itu adalah atas keredhaan ibu bapanya. selagi bapa itu tidal menyimpang dari landasan agam kita wajib menghormati mereka.

lihat. hanya kerana duit sesebuah institusi kekeluargaan boleh goyah. semuanya bermula dari sifat2 kotor yang masih melekat dalam hati. betul kan apa yana tulis ?!

Monday, 16 May 2011

BEN ASHAARI BICARA CINTA SEKALI LAGI

Assalamualaikum.. setelah sekian lama tak menjoinkan diri kat segmen abang ben ni,, hari ni yana join jugak. inilah dia budak tak sedar diri tengah exam mid term tapi masih lagi sibuk nak blogging. 


DUNIA PERCINTAAN

yana tak boleh nak sentuh dunia percintaan orang dewasa sebab yana masih lagi bersekolah and baru sekali bercinta dan putus cinta. bagi yana dunia percintaan adalah masa yang memberi kita banyak pengalaman dan pengajaran terutama sekali bagi yang baru first time bercinta. pengalaman tu takkan kita rasa masa kita tengah syok bercinta, masa tengah bersayang-sayang, bermanja-manja. kita hanya akan dapat rasa bila kita da putus.bila kita da putus baru kita sedar apa sebenarnya yang patut kita buat masa tengah bercintan-cintan dulu. tak dinafikan dunia percintaan ni sangat seronok. sweet giler lah kan. yana bercakap melalui pengalaman. kalau sehari tak contact dah tertanya2, manalah abang sayang kita ni. feel masa tu memang jiwang habis lah. ada kes yang dari keras macam kayu jadi lembik siap boleh tulis lagu lagi. dalam beromantik-romantik tu kes airmata memang tak boleh nak lari lah. and selalunya perempuan yang banyak menangis. lelaki?!1 dalm sejuta kodd. sebab apa ?!sebab selalunya perempuan yang akan serius dalam percintaan even dia still pakai uniform sekolah lagi. time bercinta ni jugak lah waktu yang paling mencabar.. kalau pendirian kita tetap, kita selamat tapi kalau tak akan jadilah kes buta kerana cinta

pengalaman pulak.. nilah pengalaman yana. gedik ? mengada-ngada ? yana tak kisah apa orang kata.yana mengaku memang salah yana menggatal tak pikir umur. tapi itulah pengalaman yang mematangkan yana. pengalaman yang buat yana boleh berfikir dengan lebih baik sekarang. oh yaaa.kisah yana tak habis lagi cuba baca kisah ni plak. yeah..that's my story..and that's the end. hehe.

++tengok2 tak lepas entry ni nak join segemen abang ben.. ngeh2 :p