Thursday 16 November 2017

Sumo Kitchen D’Polo Cafe

Pagi ni saja saja scroll Instagram feed saya sendiri, terjumpa pulak satu gambar burger bakar yang saya makan di Sumo Kitchen D’Polo Cafe back in 2015. Honestly saya taktau Kalau masih ada atau tidak tapi Sumo Kitchen ni pernah viral among student UTP dulu. Kenapa viral? Cuba tengok ni.






Nampak sedap kan? Sebab memang sedap. Dengar kata patty burger ni dibuat sendiri. Sos dan cheese pon tak kedekut. Harga boleh dapat kurang dari 10MYR. Paling mahal pon tak sampai 20MYR. Ini harga lebih dua tahun dahulu lah. Sekarang kalau ada mungkin dah naik sikit hargaya kan. 

D’Polo Cafe ni concept macam food court lah di mana banyak jenis gerai yang berniaga di bawah satu bumbung. Korang boleh pilih variety of food and drinks dekat sini. If I’m not mistaken this place start open petang sampai ke tengah malam. Lokasi pulak betul betul di hadapan Padang Polo ataupon dikenali sebagai Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz. Dekat taman ni sediri ada pelbagai jenis gerai such as gerai jual pisang goreng cheese. Dulu dekat Sir Iskandar payah nak dapat Pisang goreng cheese ni sanggup tau tau pegi Padang Polo semata nak beli. 

So korang yang dekat Ipoh tu boleh la pegi tengok ada lagi tak Sumo Kitchen ni. Saya rasa ianya masih lagi beroperasi. Teringin pulak nak makan burger bakar. Dekat mana yang best dekat Puchong ni yea.

No comments:

Post a Comment