Thursday 7 September 2017

Regalia Suites & Residences : A Weekend in the City

Lebih setahun sudah tamat belajar saya dan kawan kawan jarang berjumpa, melepak walaupon hampir kesemua kami bekerja di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur sahaja. Masing-masing sibuk dengan kerja, hal peribadi lagi ditambah pula dengan jadual kerja sesetengah kami yang tidak normal. Saya yang hanya bercuti hujung minggu dua minggu sekali, dan Kerek yang kerja malam Isnin hingga Jumaat langsung tak tengok matahari!. Afiqah pulak nun di Penang. Memang kalau nak jumpa kesemua kena tunggu salah seorang dari bertujuh ni kahwin agaknya haha.



Jadi Pada Pada April yang lalu saya dan kawan kawan meluangkan hujug minggu di Regalia Suites & Residence. Saja nak relax bergelak ketawa macam zaman zaman di universiti bersengkang mata hingga pukul 3 pagi. Sekali dengan surprise birthday party untuk kawan saya yang lahir di bulan March dan April. Bukan senang nak plan untuk budak berdua ni. Sadly, Afiqah could not join us. 

Anyway back to the residence, it's located near Sunway Putra Mall. So untuk kesana saya ambil LRT dari Puchong terus ke Station PWTC. Dari sini saya ambil Uber untuk ke Regalia. Memang dekat tapi kalau nak berjalan kaki jenuh sure tengah jalan cari taxi haha. Kenapa kami pilih Regalia untuk lepak dihujung minggu? Selain disebabkan harganya yang sangat affordable, satu lagi reason mestilah sebab view. Cuba tengok gambar bawah ni.


Kuala Lumpur at night! View ni saya ambil dari rooftop pool Regalia. KLCC dan KL tower memang sangat jelas dari sini. Anyone would fall in love with this view. Dan saya yang sememangnya sangat sukakan view town or city sangat terpegun. Kami mandi di pool ini pada esok harinya tapi view tak secantik malam disebabkan pagi yang berkabus dan hujan renyai renyai. Oh ya, untuk mandi di sini kena pakai pakaian untuk swimming yang lengkap yea. Kalau tak tak boleh la terjun ke dalam pool ni tak memasal kena panggil dengan abang security.

Kami membuat tempahan bilik ni dari Hotel.com denga harga 200+/- MYR. Harga bergantung kepada size unit dan view. Unit yang kami sewa tidak menghadap KLCC dan tiada balkoni. Cukup la sekadar untuk melepak dan bermalam. Kalau search di Trivago memang banyak unit yang disewakan. Tinggal pilih dan bayar sahaja. Unit yang kami sewa ni ada 1 queen and 1 sofa bed. Also have small kitchen (i would call it pantry). Kalau yang inginkan unit yang lebih besar pon ada tapi harganya lebih mahal. Regalia Residence ni ada dua tower dan rooftop pool terletak di tower sebelah kiri di dalam gambar. 


Ni pula gambar kami di dalam unit. Kami ambil service party planner untuk hias dan sediakan apa yang patut. Comel kan hehe


So kalau korang rasa nak lepak on weekend boleh la try Regalia ni. Waktu kami duduk di sini pon memang ramai visitor Malaysian and International datang bercuti dengan rakan dan keluarga.  


No comments:

Post a Comment